Curseshadow
 
 

Name
Email
URI
Msg
<< December 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


 
 
 
 

 
 
 
 

Sunday, May 06, 2007
KASI GEGARRR!!!



Hurm.. betul2 punye lama aku tak menaip kat blog ku nih.. ayat sure berterabur.. aku cuba nak beralih arah guna blogspot.. so sedang ikhtiar utk edit layout blogspot menggunakan dreamweaver.. harap2 tak la cam bengong jadinye layout tuh nanti..  so lepas nih, curseshadow.blogdrive.com akan diubah ke curseshadow.blogspot.. tiada kompromi.. cuma nak berubah angin.. nak test drive guna blogspot plak..

Mmg sepanjang aku guna blogdrive nih takde masalah.. dah banyak entry aku masukkan kat blogdrive nih.. daripada cam bengong2 pagenye sampai la dah aku ubah2 jadi cam skarang.. aku suke dengan wajah blog aku skarang tapi manusia kene ade anjakan paradigma..(aku pun tak sure kenapa kene guna ayat cam tuh)..

Ketidaksabaran aku untuk tengok filem baru afdlin shauki akan terkabul.. tunggu je khamis nih.. Sumolah nak gegar wayang.. secara jujur dan serius.. aku dah terlepas peluang lagik nak jumpe afdlin.. selalu je aku masuk website sumolah.. tapi baru miss ntah beberapa hari.. bile aku bukak balik.. rupe2nye ade road show kat jusco seremban semalam.. mmg frust la.. anyway.. mmg tak sabar aku nak bersumo kat wayang nanti.. tgk la camana.. maybe tgk ari khamis tuh jugak atau tunggu menjelang hari sabtu.. kuikui..



Posted at 07:30 pm by curseshadow
Permalink(1)  

Saturday, March 31, 2007
Join la.. Percuma je.. just guna internet.





Apa Itu Agloco??

AGLOCO adalah singkatan kepada A GLObal COmmunity. Sesuai dengan namanya, AGLOCO mensasarkan pengguna internet di seluruh dunia untuk menyertai AGLOCO.

Siapakah yang perlu menyertai AGLOCO? Di sini saya ingin bertanya kepada anda;

     * Adakah anda selalu online internet?

     * Adakah anda MAHU jika semasa anda online, anda DIBAYAR?

 Jika jawapan di atas adalah 'YA', maka anda lah orangnya.

Kenapa perlu menyertai AGLOCO?

Mudah sahaja jawapannya:

    1. Kerana untuk menyertainya adalah PERCUMA. (FREE).  2. Sejarah pembayarannya untuk program terdahulu juga mencatat rekod dengan USD100juta telah dibayar kepada seluruh ahli.

Bagaimana AGLOCO boleh membuat pembayaran kepada ahli-ahlinya? Banyakkah duit AGLOCO?

Cuba kita perhatikan gambarajah ini.

 

Dalam gambarajah, AGLOCO bertindak sebagai orng tengah dengan menyediakan ruang iklan didalam bentuk 'viewbar' kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk memasarkan produk mereka. Syarikat-syarikat tentunya akan membayar AGLOCO untuk ruang iklan tersebut. Dan kita sebagai ahli akan dibayar oleh AGLOCO berdasarkan berapa lama purata kita online didalam sebulan dengan syarat kita mengaktifkan viewbar.

 Seperti yang kita tahu, pengguna internet bertambah dengan pesatnya tahun demi tahun. Sehubungan dengan itu, pelbagai cara juga digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengiklankan produk/ perkhidmatan mereka termasuklah dengan menggunakan internet.

 Mari kita lihat graf ini pula

Interactive Advertising Bureau (IAB) dan PricewaterhouseCoopers LLP telah mengumumkan bahawa anggaran pengiklanan melalui Internet akan membuat rekod baru iaitu akan mencecah USD4.2 billion pada Q3 tahun 2006. Peningkatan ini adalah sebanyak 33% dari Q3 pada tahun 2005 (USD 3.1 billion). Sumber di petik dari website IAB.

Kebanyakan perantara yang digunakan sebagai media pengiklanan adalah forum-forum, website pengiklanan, search engine, dan ada juga melalui autosurf. Cara yang diketengahkan oleh ALGOCO mungkin berlainan sedikit iaitu melalui viewbar. Dan yang menariknya, ahli dibayar hanya untuk itu. Jika anda kurang percaya, mungkin anda perlu lihat semasa program Alladvantage dulu. USD100 juta yang telah dibayar kepada ahli-ahli adalah bukan jumlah yang sedikit dan tiada program se umpamanya yang berjaya mengatasi rekodnya pada masa itu.

Beginilah rupa viewbar AGLOCO:


Anda juga boleh melihat promo yang di lakukan oleh Agloco melalui VIDEO. 

Bagaimana untuk menyertai AGLOCO? Sila klik link di bawah:

http://www.agloco.com/r/BBCV7562

Pengumuman

Buat masa sekarang, viebar AGLOCO masih belum di lancarkan lagi. Jadi, inilah masanya untuk kita membina komunity kita sendiri sebelum ianya dilancarkan. Pihak AGLOCO juga sedang menarik lebih ramai lagi syarikat untuk membuat iklan bersama AGLOCO.


Posted at 01:39 am by curseshadow
Komen Anda  

Sunday, February 11, 2007
Aku peminat Sudirman Hj Arshad.

Terasa plak hati aku nih bile tgk memori Sudirman kat Trek Selebriti tadi.. lepas tgk je.. terus aku luahkan kat dlm blog nih.. Memang dari dulu aku antara peminat Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sejak dari tadika kalau tak silap aku, masa tu aku duk umah atuk aku, teringat balik bile aku amik surat khabar bahagian hiburan yang terselit gambar2 Arwah Sudirman, aku amik surat khabar yg arwah atuk aku belikan dan aku potong mana2 gambar yang ada gambar2 sudirman.. mmg dulu aku kagumi bakat yang memang ada kat arwah. Terbukti samapai sekarang tiada sorang pun penyanyi yang mampu beat Sudirman. Mmg Siti Nurhaliza wujud dan popular, tapi bagi pendapat aku, Siti cuma penyanyi perempuan biasa yang punya pakej dan bijak bermain vokal.Suara yang siti ada boleh ditiru oleh ramai penyanyi cthnye Siti Nordiana dan ade sorang lg (aku lupe nama die)..cuma Siti punya kelebihan menggunakan vokal yang tinggi dan pakej muka yang cun. Tapi jika Sudirman, pada zamannya di bidang nyanyian, waktu yang diberikan cuma sedikit tetapi memberi impak yang besar.. Sudirman punyai suara yang lain dari suara penyanyi lelaki yang lain, bijak membuat lirik, juga bermain vokal.. juga punyai pakej yang bagus sebagai seorang penyanyi.

Dulu pernah aku terfikir jika arwah idup lagi, tak mungkin penyanyi lain dapat menang anugerah.. tapi tu semua angan2 seorang peminat.. bile aku tgk trek selebriti tadi baru aku teringat tarikh pemergian arwah iaitu 22 Feb 1992. Masa tu aku tak tau pun yang Sudirman sakit, yg aku tau aku minat die.. tiba2 satu hari aku tengok berita yg bgtau sudirman dah meninggal dunia.. masa tu tak la sedih, cuma terkejut je.. bile dah lama2 baru terasa sbb aku tak dpt dgr lagu2 baru sudirman lagi..Sebagai tanda ingatan kepada beliau.. aku selitkan kat blog aku nih antara yang menarik ttg beliau.

  • Lahir pada 25 Mei 1954,di Temerloh Pahang
  • Nyanyian beliau telah terbawa hingga ke Australia,Japan dan Kuwait sebelum mendapat jemputan ke Hawaii, USA dan Waikiki Hotel.
  • Berada di puncak carta di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan lagu Merisik Khabar, Milik Siapakah Gadis ini dan Sampaikan Salam.
  • Konsert percuma beliau di Chow Kit Road adalah konsert yang menjadi sejarah kerana berjaya mengumpulkan 100,000 orang di jalanan.
  • Pada 1989. beliau dianugerahkan "Best Performer" dalam Asia Music Award yang diadakan di Royal Albert Hall London, peserta lain yang bersaing antaranya ialah Leslie Cheung(Hong Kong) dan Anita Sarawak(Singapore).
  • Pada zaman 80'an, beliau dikenali sebagai "Penghibur Malaysia No 1"
  • EMI London mengambil beliau utk bekerjasama bersama Stock, Aitken & Waterman (Produser British yang membawa Kylie Minogue,Jason Donovan dan Risk Astley) utk jualan dunia dan merakam lagu tetapi tidak kesampaian
  • Belia meninggal dunia pada 22 Feb 1992 dan disemadikan di Temerloh.
  • Salah satu jalan di Temerloh di berikan nama "Jalan Sudirman" sempena kejayaan beliau.
  • Satu filem yang dibintangi ialah filem Kami (1982)
  • album terakhir beliau ialah Salam Terakhir (1992)

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..Amin..


Posted at 11:01 am by curseshadow
Permalink(3)  

Wednesday, February 07, 2007
Liverpool.. showw me yourr moneyy!!



Terasa macam apa yg aku fikir pasal pelaburan Liverpool tuh lain betull.. selama ni aku ingat pak arab Dubai tuh nak amik alih.. sap sup.. tengok2 orang US lak yg amik alih.. even dengan 470million.. harap2 dapat bawa perubahan kat kelab yg best cam nih.. semua peminat liverpool harapkan ade sesuatu yg baru bleh dibawak oleh mamat US dua org nih.. ape je yg berlaku kat Liverpool aku setuju..Semenjak aku praktikal kat ExxonMobil PD nih.. rasa cam malas je nak tido lewat .. yerla.. cube bayangkan, kul 6.30pg nak kena bangun.. so aku dah takde masa sgt nak explore2 internet untuk tengok2 citer terbaru pasal Liverpool F.C nih.. Ape2jela.. asalkan ade perubahan kat Liverpool..

------------------------------------------------------------------

2 minggu lepas aku dapat email dari Cik Anusuriya (lecturer Web aku), sbnrnye saje2 je email die sbb nak tanya pasal bengkel.. rasa cam nak buat animation cam yg aku buat kat Poli dulu.. teringat kenangan indah masa kat Poli dulu.. hukhuk.. lepas je aku antar email kat cik anu, lepas beberapa jam.. aku sedar ade dua email diterima.. dua2 dari cik anu.. salah satu tu pasal subject emailnye.. "PSM Topic" .. Erm. so bile aku bukak dan baca alangkah germbiranya sbb cik anu ajak buat topic PSM under die.. huhu.. pasal web designing plak tuh.. rasa cam nak lompat2 je kat opis aku tuh.. tp apakan daya.. opis tuh cam aman damai je pagi tuh.. takkan aku nak bg gempa bumi plak kat opis tuh.. so aku duk relax dan aku ulang baca email tu byk kali gak la.. cam tak caye je.. biar betull.. ke aku salah baca.. tp dah berapa tahun plak aku membaca.. takkan la baca email cik anu tu pun tak tau.. erm, so aku tgh mencari2 buku yg cik anu suruh refer tuh.. die kata ade kat library UTeM.. so kalau dapat nanti aku ingat nak pinjam la.. pastu fotostat.. takpun aku try carik yg second hand.. Mmg aku minat sgt bidang web design nih.. rasanya dah kluar UTeM nanti pun aku nak keje bidang nih.. Insyallah..


Posted at 05:56 pm by curseshadow
Komen Anda  

Thursday, February 01, 2007
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) is our new name now.. Congratulations to all.

Sebagai salah sorang warga KUTKM,aku rasa bangga la sbb tmpt aku dah naik taraf jadi Universiti dan sekaligus menaikkan kiteorang ke satu taraf yang lebih baik. Anyway aku harap success untuk semua staf dan student KUTKM. Satu je harapan aku, kalau nak kerja tu jgn la garang.. senyum selalu..tunjukkan imej terbaik KUTKM even kepada student2 sendiri and finally, i hope more to come in our KUTKM website. Tahniah UTem

 

Majlis Pelancaran Nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Sukacita dimaklumkan bahawa, bersempena dengan perbadanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007, pihak Pengurusan Universiti akan mengadakan Majlis Pelancaran Nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) secara ringkas seperti butiran berikut :

AKTIVITI : MAJLIS PELANCARAN NAMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
TARIKH : 1 FEBRUARI 2007
MASA : 9.00 PAGI 10.00 PAGI
TEMPAT: KAFETARIA KAMPUS INDUSTRI
KEHADIRAN : SELURUH WARGA UNIVERSITI (STAF DAN PELAJAR)

Posted at 04:15 am by curseshadow
Permalink(1)  

Next Page
 

Mohd Zulhatfi Bin Ab Aziz dilahirkan pada 7 Jun 1983 di Seremban, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson, seterusnya Sekolah Dato Haji Abdul Samad (SDASA) sehingga tahun 1998 dan kemudian telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Port Dickson,menjurusi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, selepas itu beliau telah melanjutkan pelajaran di Politeknik Johor Bahru dalam Sijil Teknologi Maklumat,kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di KUTKM, Melaka dalam Ijazah Sains Komputer (Pembangunan Perisian). Di sepanjang hidupnya, beliau amat gemar pada pasukan bola sepak Liverpool dan design sesuatu, beliau juga gemar kepada sukan bola sepak.Beliau berpegang pada prinsip I'll never walk alone.

: Peediz Fantasy 
: Wallpaper
: MySpace Profile "Add me"
: Friendster Profile "Add me"
: AfdlinShauki "New"
: Niyda's "New"
: LosDanFaun "New"
: Loopasboyz "New"
: Gepren "New"
: Syik's
: Paet
: Acap
: Syeefa
: Chempiang
: Farahidha
: Baby_nurul
: Fais
: LeePast  
: Cikgu Lee  
: Shera
: Bubblelicious  
: Pinkylicious  
: Huna  
: Totin
: Nashrex
: Umi  
: BudakSekolah
: Inaz.Gebush
: AE blog
: Angel_baik
: Megat
: Khaizam
: PinkRose
: Zifitron
.: aku, blog dan ciPuding_7 :.
khaizam's
.: Sokai:.
girlfriday
Nonie Punyer Cerite
shera
diane~i
afzan06
iziana
Syaff
FUTRA
sodep - Link Me To Your Weblog !!!
kuncup
.::Beckslipout Ezarul Ekhsan::.
Dc.Chee
Alyza
shai blog's
Firdee's Weblog - Link Me To Your Weblog !!!
AbahMuda@Am
ayzunye blog
nashrex's
Cikanotx!

Blogdrive