Entry: Aku peminat Sudirman Hj Arshad. Sunday, February 11, 2007



Terasa plak hati aku nih bile tgk memori Sudirman kat Trek Selebriti tadi.. lepas tgk je.. terus aku luahkan kat dlm blog nih.. Memang dari dulu aku antara peminat Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sejak dari tadika kalau tak silap aku, masa tu aku duk umah atuk aku, teringat balik bile aku amik surat khabar bahagian hiburan yang terselit gambar2 Arwah Sudirman, aku amik surat khabar yg arwah atuk aku belikan dan aku potong mana2 gambar yang ada gambar2 sudirman.. mmg dulu aku kagumi bakat yang memang ada kat arwah. Terbukti samapai sekarang tiada sorang pun penyanyi yang mampu beat Sudirman. Mmg Siti Nurhaliza wujud dan popular, tapi bagi pendapat aku, Siti cuma penyanyi perempuan biasa yang punya pakej dan bijak bermain vokal.Suara yang siti ada boleh ditiru oleh ramai penyanyi cthnye Siti Nordiana dan ade sorang lg (aku lupe nama die)..cuma Siti punya kelebihan menggunakan vokal yang tinggi dan pakej muka yang cun. Tapi jika Sudirman, pada zamannya di bidang nyanyian, waktu yang diberikan cuma sedikit tetapi memberi impak yang besar.. Sudirman punyai suara yang lain dari suara penyanyi lelaki yang lain, bijak membuat lirik, juga bermain vokal.. juga punyai pakej yang bagus sebagai seorang penyanyi.

Dulu pernah aku terfikir jika arwah idup lagi, tak mungkin penyanyi lain dapat menang anugerah.. tapi tu semua angan2 seorang peminat.. bile aku tgk trek selebriti tadi baru aku teringat tarikh pemergian arwah iaitu 22 Feb 1992. Masa tu aku tak tau pun yang Sudirman sakit, yg aku tau aku minat die.. tiba2 satu hari aku tengok berita yg bgtau sudirman dah meninggal dunia.. masa tu tak la sedih, cuma terkejut je.. bile dah lama2 baru terasa sbb aku tak dpt dgr lagu2 baru sudirman lagi..Sebagai tanda ingatan kepada beliau.. aku selitkan kat blog aku nih antara yang menarik ttg beliau.

  • Lahir pada 25 Mei 1954,di Temerloh Pahang
  • Nyanyian beliau telah terbawa hingga ke Australia,Japan dan Kuwait sebelum mendapat jemputan ke Hawaii, USA dan Waikiki Hotel.
  • Berada di puncak carta di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan lagu Merisik Khabar, Milik Siapakah Gadis ini dan Sampaikan Salam.
  • Konsert percuma beliau di Chow Kit Road adalah konsert yang menjadi sejarah kerana berjaya mengumpulkan 100,000 orang di jalanan.
  • Pada 1989. beliau dianugerahkan "Best Performer" dalam Asia Music Award yang diadakan di Royal Albert Hall London, peserta lain yang bersaing antaranya ialah Leslie Cheung(Hong Kong) dan Anita Sarawak(Singapore).
  • Pada zaman 80'an, beliau dikenali sebagai "Penghibur Malaysia No 1"
  • EMI London mengambil beliau utk bekerjasama bersama Stock, Aitken & Waterman (Produser British yang membawa Kylie Minogue,Jason Donovan dan Risk Astley) utk jualan dunia dan merakam lagu tetapi tidak kesampaian
  • Belia meninggal dunia pada 22 Feb 1992 dan disemadikan di Temerloh.
  • Salah satu jalan di Temerloh di berikan nama "Jalan Sudirman" sempena kejayaan beliau.
  • Satu filem yang dibintangi ialah filem Kami (1982)
  • album terakhir beliau ialah Salam Terakhir (1992)

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..Amin..

   1 comments

tajul muluk
August 21, 2008   05:27 PM PDT
 
sudir adalh satu-satu penyayi yg amat aku banggakan, sebagaimana lagunya begitulah juga hidup ku. Lagu: Merisik Khabar, Terasing, Salam Terakhir, Niali Cinta Mu, Ayah dan Ibu, Patah Hati dll adalah rintitan kehidupan ku semenjak Ain pergi. Sehingga kini hilangnya tak berganti .... Opus Akuh Dikah (Aku Sayang Pada Mu)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments